2011-08-18

PTPTN : Helah Dalam Sistem Ujrah

Assalamualaikum ...

Salam Ramadhan buat semua ,
Muslimin dan Muslimat .

Hampa masa study ada buat pinjaman PTPTN tak ???
Kalau Ya ,
sila baca keterangan di bawah .
dan kalau rasa dah pernah baca Info ni sila skip :)
aku nak Share pada yang belum ja .. hehe

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.


WaLlahu a`lam.

Sumber asal: 

http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

bagi aku la kan ,
hutang tetap hutang .
kena pula duit ni duit rakyat .
dah tu , 
adik , kakak , abang , kawan-kawan hang
memang perlukan bantuan PTPTN untuk sambung belajar .

kalau hang tak bayar mana lagi depa nak dapatkan duit untuk belajar ???
nak harap kan biasiswa ?
jangan harap la weh ,
 kalau ang belajar pun main lepas ja .
mau tak mau result kena la betul2 gempak .
(sekadar pendapat)

Thanks for reading ...

12 comments:

LynnAiza said...

uhuiiii.banyaknya diorang kaut.patut la senang je kasik pinjam.

nurdani said...

pening tengok nombor-nombor tu.hehe.saya tak kemaskini fasal ujrah ni sebab tak sure ok ke tak

Amoi said...

setuju jugak la dgn pendapat org tu..
sepatut nye klo pinjam RM24000 bayo pn kene RM24000 la..
tu br betul..
sbb tu klo boleh nk elak kn buat PT :)
(sekadar pendapat)

Unknown said...

dpt tawan ujrah nie bulan lps tp x submit pun lg

mr.D said...

ni bukan nk tlong rakyat tpi nak susahkn lagi ade la..

MizzTina said...

xbuat pun ujrah ni.. pastu lak compny xbuat potongan melalui gaji..so byr sendiri...

Mohd Hazwan Hashim said...

ada ja org ckp sistem ujrah tu diadakan hanya mengaburi mata kita..atau diversion sahaja.
tujuan asal sebenar nya utk membolehkan pembayaran ptptn melalui potongan gaji...
kalau betul ptptn ikhlas utk menukarkan pinjaman yg interest 3% kepada ujrah 1%, mengapa perlu mengambil baki hutang sehingga 1 jun 2008 kan?
mengapa tidak selaraskan sahaja 1% itu dengan jumlah pinjaman pokok? .. hehe .. tapi bg aku lihat juga sama helah pd org yg byr hutang ... kalau loan kereta boleh bayar so loan utk pelajaran for seeking job yg lastly gajinya digunakan utk mkn ,minum , belanja bf/gf an so on . perlu la bayar .. tp tp .. erm entah lah weh ... hahahaha

Sarah Mnasir said...

ta pham.. sbb ta abes g blaja.. hehe..

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

saya guna duit mara,hehehe..
tapi ptptn nie mmg banyak makan duit kita,charge bulanan pun ade,
mmg teruk..

Fathiah Hamim said...

huh naseb baek tak amek PT.

Woofer Storm said...

hutang tetap hutang,tak leh lari ke mana pun..tetap kena byar gak kan smpi hbis ni.hehhee

slm rmdhan ye..

azu said...

konsep ujrah yg mengelirukan..cancel la sign agreement tu..nk byr lump sum dgn kwsp..hrp gud idea!byr ttp byr!ptptn patut mbantu, bkn menyusahkan..huh